Tuesday, February 24, 2009

Joran Edisi March 2009


JERANTUT: Memasuki Lubuk Kening amat mendebarkan penulis. Bermacam-macam terlintas di fikiran. Berapa besar dan banyaknya kelah yang bakal ditawan kali ini. Mungkinkah lebih banyak dan berhasil berbanding misi pertama dulu?Sasaran pertama kami ialah di lubuk berkayu yang berada di sekitar Kuala Kening yang dipenuhi kayu tumbang dan tunggul berendam. Berdasarkan rekod terdahulu, di sini adalah sarang kelah. “Cepat jatuhkan belat.

Banyak kelah besar berkeliaran di sini,” teriak Wan Noruddin yang tercungap-cungap bagai kelemasan apabila timbul di permukaan air sambil menarik nafas panjang.Dua bidang pukat tangsi digunakan untuk membelat tunggul berkenaan. Anggota lain terus menekan belat tangsi ke tanah bagi memastikan raja kelah tidak terlepas.Penulis dengan penuh yakin berbisik kepada bekas komando, Rosli Othman: “Malam ni kita kenduri. Ikan kelah pasti kita lapah.”“Sabar,” celah Rosli. “Kita lihat apa yang terjadi.

Mengikut kata orang tua-tua, kelah gergasi kudratnya macam anak kerbau jantan. Tenaganya sangat kuat. Setakat tiga lapis jala dan dua bidang belat jaring tangsi ni, sekali diterjahnya pasti terkoyak.”Tergaman sejenak penulis dibuatnya mendengar penjelasan Rosli. Hebat betul tenaga raja kelah. “Ok selam,” tiba-tiba teriak Wan Burhanuddin Wan Abd Rafar memberi arahan kepada pasukan juru selam.

Dalam keghairahan menyelam dan memedap raja kelah, penulis terlihat hujung pukat tiba-tiba tegang dirempuh sesuatu dan ternampak kelibat kelah gergasi sebesar peha berhempas pulas cuba melepaskan diri. Beberapa orang anggota cuba menerkam ke arahnya, tetapi gagal. Raja kelah berjaya meloloskan diri.Memang betul cakap Rosli. Kelah gergasi memang perkasa. Bukan senang untuk menawannya.

Pada hemat penulis, sepatutnya kelah gergasi jangan diusik. Lepaskan saja, kerana ia adalah induk matang yang mampu mengeluarkan berjuta-juta telur untuk menetas. Sekali gus, dapat memanjangkan zuriatnya serta mengekalkan sumber spesies berkenaan kekal berterusan.Bagaimanapun usaha kami tidak kecundang. Sepuluh ekor kelah dan seekor sebarau ditangkap.

Tuesday, February 10, 2009

Lembaran Baru ...

Kepada semua pemancing-pemancing tegar.. bila nak adakan trip g memancing nie.. Tak tahan dah nie... :P