Aktiviti malam minggu... ( 31-10-09)


Selamat bertemu kembali dalam ruangan ikan tengas ini. Di sini saya Mr. Kato ingin melaporkan bahawa pada 31-10-09 satu aktiviti memancing telah berjaya dijalankan dengan jayanya... ahli yang terlibat dalam aktiviti malam itu ialah mr.kato sendiri dan bapak amsyar... untuk pengetahuan semua mr.tengas tidak dapat pergi memancing pada malam itu kerana bininya yang sarat mengandung... .. dengan keadaan hujan renyai2 mr.kato dan bapak amsyar dengan gigihnya menerus kan aktiviti bagi mendapatkan ikan tengas yang dihajati... berkat kesabaran walaupun dalam masa lebih kurang 1 jam lebih saja aktiviti berjalan kami berjaya menaik kan dua ekor ikan tengas... (gambar akan menyusul kemudian hari..) sekian terima kasih....

Edisi Joran Bulan 9 2009


Kelah Sungai Kechau pelahap petai jeruk

BARU-BARU ini kita baru menceritakan mengenai patin gergasi di pekan Karak, Bentong Pahang. Minggu ini kita ingin menceriatakan kelah Lubuk Beriang, kebetulan lokasinya masih lagi di negeri Pahang iaitu di Sungai Kechau, Kuala Lipis (Hulu sungai ini adalah gunung Tahan). Aktiviti menangkap ikan begitu aktif di negeri Pahang lebih-lebih lagi pada musim panas seperti sekarang kerana keadaan air sungai agak surut dan kering.
BARU-BARU ini kita baru menceritakan mengenai patin gergasi di pekan Karak, Bentong Pahang. Minggu ini kita ingin menceriatakan kelah Lubuk Beriang, kebetulan lokasinya masih lagi di negeri Pahang iaitu di Sungai Kechau, Kuala Lipis (Hulu sungai ini adalah gunung Tahan). Aktiviti menangkap ikan begitu aktif di negeri Pahang lebih-lebih lagi pada musim panas seperti sekarang kerana keadaan air sungai agak surut dan kering. Along dan ustaz Anuar, memang dua nama pemuda yang sinonim dengan ekspedisi memburu kelah di negeri Pahang. Sebahagian besar sungai di Pahang dan Terengganu telahpun mereka jelajah demi memenuhi kepuasan dan hobi mencari ikan. Namun apa yang menjadi kelebihan kelah di sungai ini adalah kaedah memancing dan umpan yang agak luar biasa.

Kelah di hulu Sungai Pahang terutama di Sungai Kecau ini hanya memakan umpan petai jeruk atau petai masak yang dibakar terlebih dulu. Selain umpan ini agak sukar untuk raja sungai ini untuk melayan umpan pancing yang dihulurkan.Selama dua hari satu malam dua sahabat ini tinggal di dalam hutan, tebing Sungai Kechau (Lubuk Beriang) Mukim Kechau dengan jarak perjalanan lebih kurang 50 kilometer dari bandar Kuala Lipis. Pada hari pertama kami hanya mendapat dua ekor ikan baung.
Apa yang mengejutkan pada jam 1.45 pagi malam itu sekali lagi pancing ustaz Anwar disentap dengan kasar oleh pemangsa di dalam sungai Kechau. Kekuatan tali seberat 25 paun hampir putus kerana tersangkut pada tunggul kayu. Pergelutan kali ini lebih mencabar sehingga memakan masa 1 jam 25 minit. Kedua-dua pihak tidak mengalah. Akhirnya ustaz Anuar. membiarkan pancing selama 25 minit dan ingin turun menyelam kerana melalui pengalaman, cara memakan umpan itu adalah sang raja sungai (kelah). Setelah membiarkan 25 minit pancing ustaz Anuar sekali lagi disentap. Denagn segala usaha akhirnya beliau berjaya tali yang tersangkut dan berjaya menaikkankelah seberat 2.1kg.Kami tidak dapat melelapkan mata, lebih-lebih lagi Along yang memang cemburu dengan kejayaan sahabatnya. Segala pantang larang memancing kelah dipenuhi terutamanya kita mestilah betul-betul senyap dan terpaksa mengintai di tebing sungai. Sebab itu kami sanggup datang berdua orang saja ke tengah hutan belantara. Along cuba melabuhkan pancing setelah solat subuh dengan berumpankan petai masak yang dibakar.

Tepat pada jam 6.15 pagi, pancing Along mengena. Hampir satu jam Along bergelut dan akhirnya berjaya menaikkan seekor raja sungai seberat 3.6kg. Ini rezeki yang terbesar selama ini kami tunggu. Kelah dapat dinaikkan dengan jumlah enam ekor. Rupanya kelah di sini memakan umpan waktu pagi hari hingga ke pukul 11.30 pagi. Ekspedisi kami berakhir pada jam 1.30 petang di hari kedua dengan membawa habuan enam kelah dan dua banung, seekor ikan tapah.

dumm..dummm..bunyi mercun



SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA

SEMOGA BERBAHAGIA DI HARI YANG MULIA

AMPUN MAAF DIPINTA

DARI ZAHIR SAMPAI KE BATIN..(kalo ada la...hehehe)

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA

SELAMAT HARI RAYA...


"Gantung Pancing "


Hari ini merupakan hari pertama kita berpuasa di bulan ramadhan. kesempatan ini saya ingin megucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semperna menyambut bulan ramadhan ini dengan ini saya penyimpan mohor-mohor besar mengumumkan bahawa semua ahli Angler's akan menggantungkan pancingnya pada bulan ramadahan ini.. sekian....

Port Baik Punya................



petang tadi bersamaan dengan 14 ogos 2009, aku (mr.kato) ngan bapak amsyar telah pergi menjalankan kewajipan sebagai seorang pemancing di satu lokasi baik punya..... selapas sembahyang jumaat kira-kira 2.30 petang, aku telah pergi ke rumahrumah bapak amsyar.... tibanya aku di sana, bapak amsyar telah sedia menunggu di depan rumah dengan motor ego nya. dengan menaiki moto kami berdua pun bertolak. dalam perjalanan dengan tak semena-menanya hujan turun dengan lebat sekali... walaupun lebat, kami tetap gagahi juga demi memastikan trip memancing kami pada hari ini berjaya dengan lancarnya.... trip ini sebenarnya adalah dari inspirasi pak Ad yang telah menaikkan ikan tengas yang besar lebih kurang 1.5 kilo di lokasi terbabit. (maaf la ek gambar bukti takdapat nak upload)

tibanya di jalan masuk ke lokasi kami terpaksa meredah kebun dan meletakkan moto jauh dari lokasi kerana keadaan tidak mengizinkan moto untuk masuk lebih dalam lagi. setelah berjalan lebih kurang 10 minit akhirnya kami tiba juga di lokasi yang disebut2 kan itu. keadaan lubuk di lokasi sungguh mengujakan kami. setelah mendapat tempat yang sesuai, kami menyiapkan senjata untuk menawan ikan tengas idaman kami ini. pada balingan pertama sahaja kili bapak amsyar disentap kuat. dan akhirnya bapak amsyar berjaya menaikkan seekor baung. sebelum sempat bapak amsyar menanggalkan mata kailnya, kili aku pula ditarik kuat. tetapi malangnya mangsa melarikan diri di bawah2 kayu dan akhirnya dapat meloloskan diri. tidak lama kemudian akhirnya ikan tengas idaman kami muncul jua. dengan sekali henjutan, kili aku melentok kuat. setelah berusaha seketika akhirnya aku berjaya juga menaikkan seekor ikan tengas.... cubaan selepas itu banyak disentap ikan tetapi ikan disitu licik dan sukar mengena mata kail. gambar dibawah merupakan hasil yang berjaya ditangkap oleh kami pada trip kali ini... walaupun sekejap. kami tetap berpuas hati dan akan datang lagi ke lokasi ini pada masa akan datang bersama-sama mr tengas............... wasalam...


jgn jeles ek mr.tengas...(huhuhh)



mr.kato tengah bergaya tue ..... hahahha



lokasi memancing 1 (area nie pun best mancing tapi susah sikit sebab kena panjat bukit)



lokasi memancing 2 (kat tepi tue tadi melompat sekor ikan patin)

muka R.I.A.K




Ni la muka org riak yg pertama kali menaikkan udang galah di Sg.Raya.. kita tunggu updata dr Mr.KATO

memory sabah...


Lama gak tak menjenguk ke sarang nie ... patutla bersawang habis...nak masuk pun terpaksa menebas-nebas sawang tu.. nie pun just nak hupdate gambar g sabah ari tu... kay ..enjoy.. kasi mr.kato jeles sikit.. hahahh



besarkan ...hahaha.. tak yah mancing pun.. tangkap ngan tangan jerk..


ramah sungguh ikan nie.. tak pun kebuluran ...