Tuesday, November 3, 2009

Aktiviti malam minggu... ( 31-10-09)

Selamat bertemu kembali dalam ruangan ikan tengas ini. Di sini saya Mr. Kato ingin melaporkan bahawa pada 31-10-09 satu aktiviti memancing telah berjaya dijalankan dengan jayanya... ahli yang terlibat dalam aktiviti malam itu ialah mr.kato sendiri dan bapak amsyar... untuk pengetahuan semua mr.tengas tidak dapat pergi memancing pada malam itu kerana bininya yang sarat mengandung... .. dengan keadaan hujan renyai2 mr.kato dan bapak amsyar dengan gigihnya menerus kan aktiviti bagi mendapatkan ikan tengas yang dihajati... berkat kesabaran walaupun dalam masa lebih kurang 1 jam lebih saja aktiviti berjalan kami berjaya menaik kan dua ekor ikan tengas... (gambar akan menyusul kemudian hari..) sekian terima kasih....

Sunday, October 18, 2009

Edisi Joran Bulan 9 2009

Kelah Sungai Kechau pelahap petai jeruk

BARU-BARU ini kita baru menceritakan mengenai patin gergasi di pekan Karak, Bentong Pahang. Minggu ini kita ingin menceriatakan kelah Lubuk Beriang, kebetulan lokasinya masih lagi di negeri Pahang iaitu di Sungai Kechau, Kuala Lipis (Hulu sungai ini adalah gunung Tahan). Aktiviti menangkap ikan begitu aktif di negeri Pahang lebih-lebih lagi pada musim panas seperti sekarang kerana keadaan air sungai agak surut dan kering.
BARU-BARU ini kita baru menceritakan mengenai patin gergasi di pekan Karak, Bentong Pahang. Minggu ini kita ingin menceriatakan kelah Lubuk Beriang, kebetulan lokasinya masih lagi di negeri Pahang iaitu di Sungai Kechau, Kuala Lipis (Hulu sungai ini adalah gunung Tahan). Aktiviti menangkap ikan begitu aktif di negeri Pahang lebih-lebih lagi pada musim panas seperti sekarang kerana keadaan air sungai agak surut dan kering. Along dan ustaz Anuar, memang dua nama pemuda yang sinonim dengan ekspedisi memburu kelah di negeri Pahang. Sebahagian besar sungai di Pahang dan Terengganu telahpun mereka jelajah demi memenuhi kepuasan dan hobi mencari ikan. Namun apa yang menjadi kelebihan kelah di sungai ini adalah kaedah memancing dan umpan yang agak luar biasa.

Kelah di hulu Sungai Pahang terutama di Sungai Kecau ini hanya memakan umpan petai jeruk atau petai masak yang dibakar terlebih dulu. Selain umpan ini agak sukar untuk raja sungai ini untuk melayan umpan pancing yang dihulurkan.Selama dua hari satu malam dua sahabat ini tinggal di dalam hutan, tebing Sungai Kechau (Lubuk Beriang) Mukim Kechau dengan jarak perjalanan lebih kurang 50 kilometer dari bandar Kuala Lipis. Pada hari pertama kami hanya mendapat dua ekor ikan baung.
Apa yang mengejutkan pada jam 1.45 pagi malam itu sekali lagi pancing ustaz Anwar disentap dengan kasar oleh pemangsa di dalam sungai Kechau. Kekuatan tali seberat 25 paun hampir putus kerana tersangkut pada tunggul kayu. Pergelutan kali ini lebih mencabar sehingga memakan masa 1 jam 25 minit. Kedua-dua pihak tidak mengalah. Akhirnya ustaz Anuar. membiarkan pancing selama 25 minit dan ingin turun menyelam kerana melalui pengalaman, cara memakan umpan itu adalah sang raja sungai (kelah). Setelah membiarkan 25 minit pancing ustaz Anuar sekali lagi disentap. Denagn segala usaha akhirnya beliau berjaya tali yang tersangkut dan berjaya menaikkankelah seberat 2.1kg.Kami tidak dapat melelapkan mata, lebih-lebih lagi Along yang memang cemburu dengan kejayaan sahabatnya. Segala pantang larang memancing kelah dipenuhi terutamanya kita mestilah betul-betul senyap dan terpaksa mengintai di tebing sungai. Sebab itu kami sanggup datang berdua orang saja ke tengah hutan belantara. Along cuba melabuhkan pancing setelah solat subuh dengan berumpankan petai masak yang dibakar.

Tepat pada jam 6.15 pagi, pancing Along mengena. Hampir satu jam Along bergelut dan akhirnya berjaya menaikkan seekor raja sungai seberat 3.6kg. Ini rezeki yang terbesar selama ini kami tunggu. Kelah dapat dinaikkan dengan jumlah enam ekor. Rupanya kelah di sini memakan umpan waktu pagi hari hingga ke pukul 11.30 pagi. Ekspedisi kami berakhir pada jam 1.30 petang di hari kedua dengan membawa habuan enam kelah dan dua banung, seekor ikan tapah.

Friday, September 18, 2009

dumm..dummm..bunyi mercun


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA

SEMOGA BERBAHAGIA DI HARI YANG MULIA

AMPUN MAAF DIPINTA

DARI ZAHIR SAMPAI KE BATIN..(kalo ada la...hehehe)

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA

SELAMAT HARI RAYA...


Saturday, August 22, 2009

"Gantung Pancing "

Hari ini merupakan hari pertama kita berpuasa di bulan ramadhan. kesempatan ini saya ingin megucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semperna menyambut bulan ramadhan ini dengan ini saya penyimpan mohor-mohor besar mengumumkan bahawa semua ahli Angler's akan menggantungkan pancingnya pada bulan ramadahan ini.. sekian....

Friday, August 14, 2009

Port Baik Punya................


petang tadi bersamaan dengan 14 ogos 2009, aku (mr.kato) ngan bapak amsyar telah pergi menjalankan kewajipan sebagai seorang pemancing di satu lokasi baik punya..... selapas sembahyang jumaat kira-kira 2.30 petang, aku telah pergi ke rumahrumah bapak amsyar.... tibanya aku di sana, bapak amsyar telah sedia menunggu di depan rumah dengan motor ego nya. dengan menaiki moto kami berdua pun bertolak. dalam perjalanan dengan tak semena-menanya hujan turun dengan lebat sekali... walaupun lebat, kami tetap gagahi juga demi memastikan trip memancing kami pada hari ini berjaya dengan lancarnya.... trip ini sebenarnya adalah dari inspirasi pak Ad yang telah menaikkan ikan tengas yang besar lebih kurang 1.5 kilo di lokasi terbabit. (maaf la ek gambar bukti takdapat nak upload)

tibanya di jalan masuk ke lokasi kami terpaksa meredah kebun dan meletakkan moto jauh dari lokasi kerana keadaan tidak mengizinkan moto untuk masuk lebih dalam lagi. setelah berjalan lebih kurang 10 minit akhirnya kami tiba juga di lokasi yang disebut2 kan itu. keadaan lubuk di lokasi sungguh mengujakan kami. setelah mendapat tempat yang sesuai, kami menyiapkan senjata untuk menawan ikan tengas idaman kami ini. pada balingan pertama sahaja kili bapak amsyar disentap kuat. dan akhirnya bapak amsyar berjaya menaikkan seekor baung. sebelum sempat bapak amsyar menanggalkan mata kailnya, kili aku pula ditarik kuat. tetapi malangnya mangsa melarikan diri di bawah2 kayu dan akhirnya dapat meloloskan diri. tidak lama kemudian akhirnya ikan tengas idaman kami muncul jua. dengan sekali henjutan, kili aku melentok kuat. setelah berusaha seketika akhirnya aku berjaya juga menaikkan seekor ikan tengas.... cubaan selepas itu banyak disentap ikan tetapi ikan disitu licik dan sukar mengena mata kail. gambar dibawah merupakan hasil yang berjaya ditangkap oleh kami pada trip kali ini... walaupun sekejap. kami tetap berpuas hati dan akan datang lagi ke lokasi ini pada masa akan datang bersama-sama mr tengas............... wasalam...


jgn jeles ek mr.tengas...(huhuhh)



mr.kato tengah bergaya tue ..... hahahha



lokasi memancing 1 (area nie pun best mancing tapi susah sikit sebab kena panjat bukit)



lokasi memancing 2 (kat tepi tue tadi melompat sekor ikan patin)

Sunday, July 5, 2009

muka R.I.A.K



Ni la muka org riak yg pertama kali menaikkan udang galah di Sg.Raya.. kita tunggu updata dr Mr.KATO

Thursday, June 25, 2009

memory sabah...

Lama gak tak menjenguk ke sarang nie ... patutla bersawang habis...nak masuk pun terpaksa menebas-nebas sawang tu.. nie pun just nak hupdate gambar g sabah ari tu... kay ..enjoy.. kasi mr.kato jeles sikit.. hahahh



besarkan ...hahaha.. tak yah mancing pun.. tangkap ngan tangan jerk..


ramah sungguh ikan nie.. tak pun kebuluran ...






Wednesday, June 24, 2009

perkembangan terbaru

assalammualaikum.....
lama rasanya tak update blog nie.... nak cite pasal memancing memang tak dapat skang nie..... mr.tengas mmg dah tak mancing dah... banyak kali la juga mr kato g mancing sejak mr. tengas g sabah hari tue.... tapi memori dalam bentuk gambar tak dapat nak buat.... sebabnya hasilll pun kurang.... skang nie musim panas.... kalo g sungai pun g berendam jer.... bagi sejuk badan.... nak ajak bapak amsyar pun tak bleh... anak dier amsyar masuk hospitall... dah tiga hari dah... cian kat budak nakal tue.... demam panas sangat... insyaallah baik jer budak kecik tue... leh g jahang.... pakcik yang dok kat sana dah calll.... tanya biler nak g lagik... dari cerita yang dia cakap laaaaa..... boleh la dapat ikan tengas besar2 torch light.... kite tengok jer la minggu nie.... kalo jadi laa.......tungguuuuuu jer eekkk gamber terbaru nanti....

Sunday, May 17, 2009

sabah dibawah bayu...

Dah lama rasanya tak hupdate blog ne... nak harapkan Mr.Kato ... paham2 jer la..
Hujung minggu nie aku berada disabah .. dan kenangan paling manis dan tak akan aku lupan adalah...mandi dengan ikan kelah ... memang seronok ... aku pun tak tahu mcm mana mamat sabah nie boleh jinakkan ikan yang di gelar raja ikan ... gambar...nanti2 la yerk...
oklah... nak chow dah nie bahhh .... flght kul 9.30pm... seronok bah...

Wednesday, April 1, 2009

Windunyer nak g mancing......

lama plak rasa nya tak g mancing.... windu nak tarik ikan dah nie... sejak berpunya nie... pergerakan pun dah terbatas skit.... kena bawak skali la gamaknya..... nak tunggu mr.Tenga's lambat lagiuk la gamaknya..... cuba la try minggu nie nak try gak g mancing.... dapat sejam pun jadik la....

Monday, March 9, 2009

ekpedisi mencari tengas - anak sungai belakang kilang kicap

alhamdulillah berjaya gak menaikkan tengas... pada 8-3-2009 baru nie mr.kato dan bapak amsyar telah pergi mencuba nasib padahari itu untuk mencari si tengas. dengan keadaan hujan renyai-renyai kami tetap redahi demi mancari idaman hati ini... pada awalnya kami memancing di kawasan tanjung rambutan..... tapi nasib tak menyebelahi kerana umpan perut ayam hanya dijamah ikan-ikan kecil.... lalu kami cuba beralih tempat ke anak sungai belakang kilang kicap di jelapang.... usaha kami tidak sia-sia kerana berjaya menaik kan tiga ekor ikan tengas... sungguh indah sekali ikan tengas nie.. bile dinaikkan pada awalnya warna pada badannya bewarna oren keemasan.... oleh kerana umpan yang dibawa tidak begitu banyak dan hari beransur senja maka kami terpaksa memendekkan waktu untuk memancing... mungkin di lain hari kami akan mencuba lagi... wassalam..... (kepada mr.Tenga's balik la cepat skit.... bleh mancing tengas hahahah)





Wednesday, March 4, 2009

tensen... tensennn......

walau pun skang nie tiap minggu g mancing.... tak tau nape atie nie runsing jer.... semacam jer ...... rasa nak lepak tepi sungai.... tgk air mengalir deras...... leh tenang kan atie nie..... kalo dapat menyelam dalam air yang sejuk mesti best ..... tak yah nak pikir aper.... segar jer..... bile la lagik nak g menyelam nie..... lama tak g....

Tuesday, February 24, 2009

Joran Edisi March 2009


JERANTUT: Memasuki Lubuk Kening amat mendebarkan penulis. Bermacam-macam terlintas di fikiran. Berapa besar dan banyaknya kelah yang bakal ditawan kali ini. Mungkinkah lebih banyak dan berhasil berbanding misi pertama dulu?Sasaran pertama kami ialah di lubuk berkayu yang berada di sekitar Kuala Kening yang dipenuhi kayu tumbang dan tunggul berendam. Berdasarkan rekod terdahulu, di sini adalah sarang kelah. “Cepat jatuhkan belat.

Banyak kelah besar berkeliaran di sini,” teriak Wan Noruddin yang tercungap-cungap bagai kelemasan apabila timbul di permukaan air sambil menarik nafas panjang.Dua bidang pukat tangsi digunakan untuk membelat tunggul berkenaan. Anggota lain terus menekan belat tangsi ke tanah bagi memastikan raja kelah tidak terlepas.Penulis dengan penuh yakin berbisik kepada bekas komando, Rosli Othman: “Malam ni kita kenduri. Ikan kelah pasti kita lapah.”“Sabar,” celah Rosli. “Kita lihat apa yang terjadi.

Mengikut kata orang tua-tua, kelah gergasi kudratnya macam anak kerbau jantan. Tenaganya sangat kuat. Setakat tiga lapis jala dan dua bidang belat jaring tangsi ni, sekali diterjahnya pasti terkoyak.”Tergaman sejenak penulis dibuatnya mendengar penjelasan Rosli. Hebat betul tenaga raja kelah. “Ok selam,” tiba-tiba teriak Wan Burhanuddin Wan Abd Rafar memberi arahan kepada pasukan juru selam.

Dalam keghairahan menyelam dan memedap raja kelah, penulis terlihat hujung pukat tiba-tiba tegang dirempuh sesuatu dan ternampak kelibat kelah gergasi sebesar peha berhempas pulas cuba melepaskan diri. Beberapa orang anggota cuba menerkam ke arahnya, tetapi gagal. Raja kelah berjaya meloloskan diri.Memang betul cakap Rosli. Kelah gergasi memang perkasa. Bukan senang untuk menawannya.

Pada hemat penulis, sepatutnya kelah gergasi jangan diusik. Lepaskan saja, kerana ia adalah induk matang yang mampu mengeluarkan berjuta-juta telur untuk menetas. Sekali gus, dapat memanjangkan zuriatnya serta mengekalkan sumber spesies berkenaan kekal berterusan.Bagaimanapun usaha kami tidak kecundang. Sepuluh ekor kelah dan seekor sebarau ditangkap.

Tuesday, February 10, 2009

Lembaran Baru ...

Kepada semua pemancing-pemancing tegar.. bila nak adakan trip g memancing nie.. Tak tahan dah nie... :P

Monday, January 12, 2009

........

?????????

Dugaan-dugaan ........

-------^------^^---------^^^^---------^^------
------------------^^--------------^---------^---
---^-------------------------------------^-------
------------------------^------------------------
-------------------------------------------------

bye-bye...

Thursday, January 8, 2009

boikot..... boikot..... dan boikot.....



mari sama-sama kite boikot produk yahudi nie....
antara barang yahudi yang patut diboikot.....(kalo ader tolong tambah lagi)
1. calvin clein
2. coca-cola
3. disney
4. buitoni
5. ambipure
6. banana republic
7. fanta
8. giorgio armani
9. intel
10. ibm
11. intimate brand
12. johnson n johnson
13. harper collins
14. kimberly-clark
15. kiwi
16. kotex
17. kleenex
18. loreal
19. macd
20. maggi
21. maybelline
22. nokia