Sunday, October 18, 2009

Edisi Joran Bulan 9 2009

Kelah Sungai Kechau pelahap petai jeruk

BARU-BARU ini kita baru menceritakan mengenai patin gergasi di pekan Karak, Bentong Pahang. Minggu ini kita ingin menceriatakan kelah Lubuk Beriang, kebetulan lokasinya masih lagi di negeri Pahang iaitu di Sungai Kechau, Kuala Lipis (Hulu sungai ini adalah gunung Tahan). Aktiviti menangkap ikan begitu aktif di negeri Pahang lebih-lebih lagi pada musim panas seperti sekarang kerana keadaan air sungai agak surut dan kering.
BARU-BARU ini kita baru menceritakan mengenai patin gergasi di pekan Karak, Bentong Pahang. Minggu ini kita ingin menceriatakan kelah Lubuk Beriang, kebetulan lokasinya masih lagi di negeri Pahang iaitu di Sungai Kechau, Kuala Lipis (Hulu sungai ini adalah gunung Tahan). Aktiviti menangkap ikan begitu aktif di negeri Pahang lebih-lebih lagi pada musim panas seperti sekarang kerana keadaan air sungai agak surut dan kering. Along dan ustaz Anuar, memang dua nama pemuda yang sinonim dengan ekspedisi memburu kelah di negeri Pahang. Sebahagian besar sungai di Pahang dan Terengganu telahpun mereka jelajah demi memenuhi kepuasan dan hobi mencari ikan. Namun apa yang menjadi kelebihan kelah di sungai ini adalah kaedah memancing dan umpan yang agak luar biasa.

Kelah di hulu Sungai Pahang terutama di Sungai Kecau ini hanya memakan umpan petai jeruk atau petai masak yang dibakar terlebih dulu. Selain umpan ini agak sukar untuk raja sungai ini untuk melayan umpan pancing yang dihulurkan.Selama dua hari satu malam dua sahabat ini tinggal di dalam hutan, tebing Sungai Kechau (Lubuk Beriang) Mukim Kechau dengan jarak perjalanan lebih kurang 50 kilometer dari bandar Kuala Lipis. Pada hari pertama kami hanya mendapat dua ekor ikan baung.
Apa yang mengejutkan pada jam 1.45 pagi malam itu sekali lagi pancing ustaz Anwar disentap dengan kasar oleh pemangsa di dalam sungai Kechau. Kekuatan tali seberat 25 paun hampir putus kerana tersangkut pada tunggul kayu. Pergelutan kali ini lebih mencabar sehingga memakan masa 1 jam 25 minit. Kedua-dua pihak tidak mengalah. Akhirnya ustaz Anuar. membiarkan pancing selama 25 minit dan ingin turun menyelam kerana melalui pengalaman, cara memakan umpan itu adalah sang raja sungai (kelah). Setelah membiarkan 25 minit pancing ustaz Anuar sekali lagi disentap. Denagn segala usaha akhirnya beliau berjaya tali yang tersangkut dan berjaya menaikkankelah seberat 2.1kg.Kami tidak dapat melelapkan mata, lebih-lebih lagi Along yang memang cemburu dengan kejayaan sahabatnya. Segala pantang larang memancing kelah dipenuhi terutamanya kita mestilah betul-betul senyap dan terpaksa mengintai di tebing sungai. Sebab itu kami sanggup datang berdua orang saja ke tengah hutan belantara. Along cuba melabuhkan pancing setelah solat subuh dengan berumpankan petai masak yang dibakar.

Tepat pada jam 6.15 pagi, pancing Along mengena. Hampir satu jam Along bergelut dan akhirnya berjaya menaikkan seekor raja sungai seberat 3.6kg. Ini rezeki yang terbesar selama ini kami tunggu. Kelah dapat dinaikkan dengan jumlah enam ekor. Rupanya kelah di sini memakan umpan waktu pagi hari hingga ke pukul 11.30 pagi. Ekspedisi kami berakhir pada jam 1.30 petang di hari kedua dengan membawa habuan enam kelah dan dua banung, seekor ikan tapah.

1 comment:

mr.kato said...

berita nie dalam berita harian hari jumaat pun ader.... cehhh....