Friday, August 14, 2009

Port Baik Punya................


petang tadi bersamaan dengan 14 ogos 2009, aku (mr.kato) ngan bapak amsyar telah pergi menjalankan kewajipan sebagai seorang pemancing di satu lokasi baik punya..... selapas sembahyang jumaat kira-kira 2.30 petang, aku telah pergi ke rumahrumah bapak amsyar.... tibanya aku di sana, bapak amsyar telah sedia menunggu di depan rumah dengan motor ego nya. dengan menaiki moto kami berdua pun bertolak. dalam perjalanan dengan tak semena-menanya hujan turun dengan lebat sekali... walaupun lebat, kami tetap gagahi juga demi memastikan trip memancing kami pada hari ini berjaya dengan lancarnya.... trip ini sebenarnya adalah dari inspirasi pak Ad yang telah menaikkan ikan tengas yang besar lebih kurang 1.5 kilo di lokasi terbabit. (maaf la ek gambar bukti takdapat nak upload)

tibanya di jalan masuk ke lokasi kami terpaksa meredah kebun dan meletakkan moto jauh dari lokasi kerana keadaan tidak mengizinkan moto untuk masuk lebih dalam lagi. setelah berjalan lebih kurang 10 minit akhirnya kami tiba juga di lokasi yang disebut2 kan itu. keadaan lubuk di lokasi sungguh mengujakan kami. setelah mendapat tempat yang sesuai, kami menyiapkan senjata untuk menawan ikan tengas idaman kami ini. pada balingan pertama sahaja kili bapak amsyar disentap kuat. dan akhirnya bapak amsyar berjaya menaikkan seekor baung. sebelum sempat bapak amsyar menanggalkan mata kailnya, kili aku pula ditarik kuat. tetapi malangnya mangsa melarikan diri di bawah2 kayu dan akhirnya dapat meloloskan diri. tidak lama kemudian akhirnya ikan tengas idaman kami muncul jua. dengan sekali henjutan, kili aku melentok kuat. setelah berusaha seketika akhirnya aku berjaya juga menaikkan seekor ikan tengas.... cubaan selepas itu banyak disentap ikan tetapi ikan disitu licik dan sukar mengena mata kail. gambar dibawah merupakan hasil yang berjaya ditangkap oleh kami pada trip kali ini... walaupun sekejap. kami tetap berpuas hati dan akan datang lagi ke lokasi ini pada masa akan datang bersama-sama mr tengas............... wasalam...


jgn jeles ek mr.tengas...(huhuhh)



mr.kato tengah bergaya tue ..... hahahha



lokasi memancing 1 (area nie pun best mancing tapi susah sikit sebab kena panjat bukit)



lokasi memancing 2 (kat tepi tue tadi melompat sekor ikan patin)

3 comments:

mr.tengas said...

pehhh..teruja nie..tak sabar nak try..ikan patin yg lompat tu khas tuk mr.tengas la... hahahahhahahah..

mr.kato said...

hahahah.... try la dulu nanti... mmg teruja tgk ikan patin tu main kat tepi jer... baling2 jer trus ader makan ... makan jenis kasar2 plak tue... tapi kat tgh2 tu bahaya skit ader dawai besi... kat situ paling banyak makan... tapi silap2 mmg sangkut punyer... sediakan batu ladung , mata kail nagn pin bebanyak ek...

Noli said...

ssh gak jadik pemancing tegar nih..haha..
selamat poser tuan2 blog..